Wednesday, December 30, 2009

SeLamAt TaHUn BarU 2010

Pada semua kawan2 yg singgah kat blog ni ibu nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan selamat tinggal 2009. Byk kenangan manis di tahun 2009 yg tak mungkin ibu lupakan...tahun ni juga hidup ibu dan abah lengkap dgn lahirnya lil Danish...alhamdulillah..Moga tahun baru yg akan tiba lebih baik dari tahun ini. Pada siapa yg berazam tu jgn hangat2 t**i ayam je...capai kan impian anda tu. kalau tanya ibu..azam ibu of course nak susukan Danish secara exclusive smpi 6 bulan(at-least) n dimurahkan rezki dari Allah smpi Danish umur 2 tahun..doakan moga usaha ibu ni tercapai erk..N ibu juga harap Danish membesar dgn sihat dan jadi anak yg bijak n baik...Sayang Danish..selamat tinggal 2009

KeLaM KaBut iBu..

Dah 2 pagi ni kelam kabut ibu dibuatnya. Danish sedar je ibu bangun...macam pagi tadi 5.41am ibu dah bangun...ibu tgok lena je Danish..then ibu pun pelan2 la bangun nak siap2. Ya Allah..buleh dia bangun bila ibu gerak tu. Dah bangun tu merengek2 la..pok pok montot dia pun tak mau tido balik. Sudahnya ibu baring la nyusu kan dia balik..Adoi...budak tecik ni...peh susu sikit dia lena balik. Ibu pun bangun la pelan2. Sekali lagi bangun pulak lagi. Danish ni tido ke tak?Tido ayam2 kot...Sudahnya 6.41am ibu bangun gak n minta abah tolong tgokkan dia. la ni danish pandai. tak nampak org dia cam takut..nangis dia. Bila ada org tggu galak pulak nyembang...adoi..


Tu yg jadi kelam kabut tu, dari nak bgun awal jadi lambat..ibu pepagi tu nak siapkan EBM dia lagi..nak siapkan botol2 ibu lagi..Alahai anak ibu...buleh rasa ibu bangun yer..Sib la abah rajin borak2 layan dia nyembang. Dah camni kekdahnya...ibu bangun lambat pun tak ngape..hehehehe

Ni lah kesayangan ibu...next week danish dah kena hantor kat Bsitter..ok ke agaknya dia...risau ibu..

Monday, December 28, 2009

anothEr GiFt 4 DaNish

Biarlah berhabis duit untuk Danish asalkan ibu pasti sesgt EBM tuk danish still lagi "ok" bila dia minum...Biarlah org kata byk sgt ibu abiskn duit beli itu ini tuk uruskan EBM, ibu tak kisah coz ibu nak terbaik tuk Danish...

]

hari tu gi butik Sara Kids kat GM cari botol warmer tuk Danish. maklumlah tahun depan nak tglkan Danish kat BS baru. Terfikir dia ada pengalaman handle EBM ker? Nanti terpaksa la ibu menurunkan segala ilmu didada. So ibu pun nak senangkan BS tu. tak yah la nanti kena masak air n rendam botol yg sejuk 2,3 kali dlm air panas. Letak je dlm warmer ni jap je dah ready tuk Danish minum. Ibu takut kalo susu tak cukup suam nanti Danish batuk pulak..Risau ibu tau. Tu yg beli gak warmer tu. Baca dlm forum ramai yg kata brand snow bear ni ok..tu yg sambar sebiji tu. Yg syok ni leh pakai dalam kete gak..Mana tau nanti nak jalan2 dlm sogo Danish nak susu leh panaskan siap2 dlm kete..

Milk Booster..PIL ASI. tp ibu jarang makan coz hasilnya mmg hebat...Tp ibu lak tak tahan coz sakit lak B bengkak..Kdg2 makan ler..Ni jamu je ekceli. RM20/300biji

Saja la beli buku ni buat rujukan. Byk info berguna. Tgh berkira-kira nak bagi kat BS buku ni. Tp nak ke dia baca nanti..huhuhu..Segalanya tentang susu ibu ada dlm ni.

RM10/naskhah

Tu je buat masa ni. Masa ni? maknanya ada lagi ker..hehehe..tunggu je lah..

apa MotiF aBah Ni YeR..




Meh tgok 2 picture ni..semalam dok buy off gambo2 Danish tetiba terpandang 2 gambo ni..ibu tak snap this pict, so maknanya kalo bukan ibu tentu la abah..so ibu pun tatau apa motif abah amik gambo ni..nak tayang diapers ke atau nak tunjuk Danish angkat kaki atau nak tunjuk montot Danish..abah je yg tau...hehehehe


3 MonThs

hari ni 28/12 Genap usia danish 3 bulan..kejap je rasanya..so far Danish dah kuat sgt nyembang..n kalo dia ditinggalkan sorang2 atau tak nampak org menjerit2 manja dia..tp bukan nangis..dah cam pandai nak capai2 benda...sayang anak ibuabah ni..
Bukan ulik ngan ibu je..abah pun buleh..
Muka Danish ada rashes sikit..tatau la dia ni allergic apa..ke kena air susu ibu pipi ni

I'm 3 months already..kejap je rasanya..



Walaupun kepala tak kuat lagi, tp dia suka sgt duduk cam gini...


Ibu geram tgok peha dia...mcm michelin..hehehehe


Siannya pipi dia....












Wednesday, December 23, 2009

BaNyaknyErrrrr...

Macam tak percaya pulak..selama kerja2 menge"pump" ni smlm paling byk ibu dapat...almost 38oz!!!! Banyaknyer cam tak caya pulak. Tp mungkin ini gak pasal ibu ubah diet ni..
12.20am = 8.0 oz
6.15am = 5.5 oz - 4.0 oz (bekal danish pg2)
9.30am = 5.5 oz
12.37pm = 3.0 oz
3.35pm = 8.0 oz
10.00pm = 8.0 oz
total = 38 oz /4 oz each = 9.5 botol

Antara yang ibu amalkan dlm makanan ibu:

1. Pepagi sarapan ngan oat atau segelas susu anmum


2. bykkan makan sayur hijau especially sawi
.
3. kudap2 ngan cookies yg ada serat cam ok oat atau iko

5. air soya sekotak sehari

6. Petang ngan segelas nesvita cereal (oat)

7. bykkan air masak > 1 liter tiap2 hari
.
8. Makan pil asi (ni kdg2 je amik)..takut2 nak mam..
mgkin gak sebab itu susu ibu leh increase..cuba kita tgok hasil hari ni pulak..now ibu dah dpt extra breasthiled so leh buat doble pumping.
pg tdi 6.15am = 6.5 oz
jap lagi kol 9.30am lak = 7.5oz (semalam 5.5 oz)

Hah..tu la semalam ibu dah beli stylo mama beg tuk letak EBM Danish kat rumah pengasuh nanti. So tak perlu la tumpang esbok BS tu nanti kan..sbnrnya it not necessary tp ibu je yg beli tuk senangkan BS tu nanti. Tanak dia pk susah nak uruskan EBM ni..
Set ni ada 8 biji botol safety plus (BPA Free)
Stylo Mama Beg
Therma freeeze

So pagi tadi Danish dah rasmikan beg tu.....

Tuesday, December 22, 2009

BiLa DaNisH tiDo..


Biasanya bila Danish tido baru lah ibu dapat buat koje umah, kalo cukup 3 jam danish tido tanpa menyusu ibu akan pump susu dulu then kemas2 bakul kain danish, cuci botol2 EBM danish, keringkan, , kaco abah yg tgh mentenet, n kemas2 apa yg patut...biasanya botol danish la yg tak pernah miss tetiap malam..nak basuh boto danish kena betul2 bersih. antara yg ibu perlukan..

itulah rutin ibu setiap malam...lalala..N3 ni tercetus kerana boring yg amat sgtttt.......sekian.pstttt..mmg ibu addicted ngan BF ni..ibu dah shopaholic another stuff tuk Danish..nanti ibu update...

Hindmilk & Foremilk

Apa tu hindmilk & foremilk..Pada ibu2 yg pernah menyusukan anak2 pernah tak dgr mak2 kita kata susukan anak dgn B kanan baru kiri. Coz katanya B kanan tuk makanan n kiri minuman?
Betol ker? Pada me yg masa tu cetek langsung ilmu pasal BF ni, ikut je la cakap mak n makcik2 kat kampung tu. Then bila dah naik kerja me cari info pasal tu, betul ker?
Sebenarnya dari pemahaman kita tade makanan atau minuman. Kedua2 B sama je. Bezanya cuma antara foremilk (yg kaler cair) n hindmilk. Dari apa yg kita baca foremilk ni akan keluar masa time kita dapat reflek let-down tu dan ada mengandungi byk air, tujuannya untuk menghilangkan dahaga si anak kecil. Kelama-lamaan yg cair tadi akan bertukar jadi pekat dan mengandungi lemak (hindmilk) bertujuan untuk mengenyangkan..ini baik utk bayi anda kerana dalamnya terkandung kalori yg tinggi dimana ia sgt penting utk tenaga dan tumbesaran bayi kita...So rasanya tade istilah B kanan tuk makanan n B kiri tuk minuman. Coz kedua2 B akan hasilkan Foremilk n Hindmilk ni...

Monday, December 21, 2009

BrEaSt Milk Vs FormuLa MiLk

Kita mmg terpanggil tuk ajak kenalan seme sama2 jayakan susu ibu untuk anak-anak secara ekslusif sekurang-kurangnya smpi baby umo 6 bulan..Melalui pengalaman ibu sendiri, byk sgt kebaikan susu ibu ni...dari khasiat usah citer la...kalo tak de khasiat ngape kita diminta susu kan anak till umo dia 2 tahun. Memalam tak perlu teraba2 nak tuang air panas n bancuh susu segala..then esok pagi tak perlu nak basuh botol tergesa-gesa..

so now kita kongsi dari segi kos..ni kita amik contoh dari sorang hamba Allah. Anak dia minum susu snow. setin dlm RM43.90 n sebulan dlm 3-4tin. Meh kita kira yer:

Rm43.90x4tinx1 bulan=Rm175.60 rm175.60x6bulan=Rm1053.60 (at-least)
Rm175.60x24 month=Rm4214.40...(kalo berjaya)

Rm175.60x36 month=Rm6321.60 (ada ke budak nyusu smpi 3 tahun..ada anak kakakku cthnya.bahkan dah 4 tahun..hahaha).

Kalo susu ibu:
RM0x24 month=Free....

(pelaburan hanya tuk gajet BFeeding je la but re-usable tau. Boleh pakai kat adik2 pulak nanti)

So para ibu n yg bakal jadi ibu, meh la sama2 kita susukan anak kita. me alhamdulillah almost 2 month fully breastfeed. cuma masa danish umo 2 bulan campurkan FM coz masa tu jahil sgt pasal susu ibu ni. Bukan la niat nak "eksyen" ke apa, sekadar renungan bersama. Ibu pun tak pernah berangan nak Fully BF Danish. Mmg tak pernah. Bahkan ibu dah ajar dia guna Anmum FM sebelum masuk kerja. Tp bila dah balik keje, merayap kat blog2 sifu yg xclusif BF, y not ibu try..memula ibu tak yakin boleh buat ker tak, tp ibu cuba beri yg terbaik tuk anak ibu..memula ibu rasa leceh nak handle EBM (Expressed Breast Milk) ni, tp alah bisa tegal biasa. Now ibu happy coz FM yg ibu beli since Danish umo 3 hari smpi ke hari ni tak luak hampir separuh...Maknanya ibu dah berjaya la kan?hahaha..thnks juga kat abah coz byk bg moral support n money support tuk ibu beli aksesori pumping tu seme...tp duit abah gak jimat tak perlu beli FM..tol tak? betol betol betol (baca dlm nada upin ipin)..

Apa pun..jgn fikir ibu cuba nak tunjuk hebat (walaupun ibu rasa hebat dpt beri Danish air susu ibu..hehehe)ibu just terpanggil nak kongsi dgn mommy2 dan bakal2 mommy..mula2 cam ibu kata mmg susah nak biasakan diri. Tp bila ibu dapat susukan baby, ibu tol2 puas..Sayang kat Danish. Ibu harap ibu dapat BF Danish smpi 6 bulan (at-least) n kalo di izin Tuhan biarlah smpi 2 tahun..
Gmbo dr: Mr Google..comelkan (mahap la kalo isu ni too sensitif)....

for My ReFereNce

Kalo Danish almost 7Kg, maknanya dia dah kena minum 5oz/session. Alamak makin kerap la kena pumping ni....byknya...boleh ke dpt ni?
then nak kongsi stu citer ni. Last week ibu n abah gi jusco nk redeem point. Masa tu dah siap2 bawak fresh EBM n panaskn siap2 tuk Danish. Nasib sepanjang berjalan dalam jj tu dia tak nangis. Then nak balik masuk kete dia start rengek..ala ibu plan nak gi tgok warmer ni. Suruh la abah kasi dia susu thru botol...ibu pun pi ar jalan cepat2 kat butik baby tu nak tgok warmer. Hmm mahal la kat sini. Then pi balik masuk kete, masa tu tgok Danish enak je nyusu ngan abahnya. Bila ibu dah masuk kete, abah pas Danish kat ibu tuk continue nyusu. masa pas tu dia dah jerit sakan igt stop bg dia susu. Ibu pun sua2 la puting botol kat dia..langsung tanak di hisapnya..menjerit2 mencari "candu" dia..Then abah kata bagi je la "T***K" tu kat anak.
Sebab kesian n sayangkan anak, selak ajela...tau2 je dia pusing ngadap kat "candu" dia tu. Danish pun sambung nyusu n terlena dalam pangkuan ibu...sian dia.
"Pstt..dari info yg kita dapat, kalo tuk anak yg nyusu badan n kita nak bg anak nyusu thru botol minta la abah atau org lain tolong bagikan. Coz baby boleh cam bau ibu dia n akan refuse tuk isap botol. tak caya? Kita pun tak caya..tp danish dah buktikan..."
(Sayang je susu yg berbaki 3oz terbuang begitu saja...sedih ibu..)

Friday, December 18, 2009

EBM stock

dalam freezer
ni dlm fridge pulak

alhamdulillah, ni stock yg terkumpul takat ni. ibu harap stok ini akan terus bertambah. n ibu btol2 harap dpt bg danish full bfeed danish...
yg bekas gomuk pendek tu avent punya storage. tp ibu rasa tak brapa praktikal coz byk makan space. yg kecik2 tu mlo botol...cntik je tersusun kan...hehehe..nti dpt safety plus botol pulak...

Thursday, December 17, 2009

BPA Free? Apa ke bendanya tu...

Bisphenol-A is a hormone-disrupting chemical considered to be potentially harmful to human health and the environment. It has been known that scratched and worn polycarbonate feeding bottles will leach this chemical into liquids.

Q1: How does BPA get in the body?
The primary source of exposure of BPA for most people is through the diet. BPA can migrate into food from food and beverage containers with internal epoxy resin coatings and from consumer products such as polycarbonate tableware, food containers, water bottles and mostly in baby milk bottles.

Q2: How does BPA leach into our food and drink?
Heating our polycarbonate plastic tablewares or pouring into them, the presence of acidic or basic foods and beverages and repeated washing have all been shown to increase the rate of BPA leaching from these tablewares into our food and drink.

Q3: What are the health effects of BPA?
Recent studies have linked BPA to the following health effects:
* Prostate & Breast Cancer
* Obesity
* hyperactivity
* Altered Immune System
* Diabetes
* Miscarriage.

So konklusinya...mencegah lebih baik dari mengubati. Jom kita bertukar kepada botol bayi yg BPA free...

K ni antara botol2 BPA free:


MAM..(ku macam berkenan la botol ni..)

Dah BPA free tentula bagus n barangnya mestilah agak mahal kan. normally 1 botol cecah RM30...la ni Danish pakai Avent, tapi bukan BPA free, kena tukar ni. Kita cam dah kenan kat botol MAM tu..review kata ni bagus..coz teats cam ibu punya..hehehe..
Botol2 ni byk jual kat online...jom kita tukar botol anak kita...

"Abah..boleh tak Danish tukar botol baru...hehehehe"


Wednesday, December 16, 2009

air mata mengalir...


hari ni ibu jalan2 ke blog rakan2 lain cari articel pasal susu ibu. then ibu singgah kat satu blog ni. menangis ibu baca satu cerita pasal seorang ibu yg kehilangan bayi nya yg baru hidup di dunia selama lebih kurang 3 bulan..tak henti2 airmata ibu menitis...ini apa lagi perasaan ibu yang mengandungkannya dan membesarkannya.
betapa hancur luluhnya hati si ibu kan..tersentuh hati membaca catatannya disaat akhir melihat sekujur tubuh anaknya yg masih suci dan wangi.

Ya Allah Kau lindungilah kami dan bayi kami dan pelihara lah semuanya dari segala perkara yang tak di ingini

Tuesday, December 15, 2009

SaMa Tapi TaK SeRupa

AKSI PERTAMA

dan
AKSI KEDUA
dan
AKSI KETIGA
dan
AKSI KEEMPAT
dan
can you spot..which one my lil' Danish???...hehehehe