Friday, December 3, 2010

Danish Lagi

Lama tak cerita pasal Danish kan..tatau la lately, penyakit M menjadi2...online pun asik blogwalking jer...Oh nak cerita pasal Danish..anak ibu tu sihat je...tp nakai nya makin menjadi2...la ni suka sgt buat aksi stunt! panjat sofa dia lompat, panjat meja kopi dia lompat (la ni abah dah simpan meja dalam bilik), berdiri atas alphabet train dia, dia lompat..naik 2,3 anak tangga...ha yg ni tak lompat la...kadang2 bila balik keje petang2 tu mmg kena dok ngan dia aje..jgn la ngada2 nak masak ke apa ke? kalo ibu masak pun, ibu selalu block kerusi kat pintu dapur tu....selagi tak dtg kat ibu, selagi tu la dia dok teriak menangis...sayang sgt kat ibu gak nyer..hehehe...

Penyudahnya, balik je umah akan lepak2 temankan dia main 'kuda kepang'. alphabet train. truck n ntah apekebenda lagi mainan dia...agak2 danish penat dtg panjat nyondol2 kat ibu (paham2 je la, haus la tu)...peh tu dia sambung main lek...kalo dia nampak ibu dok kat sofa, setat la manjat n lompat lek..huhu...kadang2 tinggi sore gak la kan..bukan apa takut tergeliat ke apa, tp bila pikir lek, kita jerit marah pun bukan dia tau..(satu contoh yg tak baik)...la ni pun dah pandai merajuk...bila kita tak layan dia, buat2 golek then nangis main2...kdg2 tu lawak je...tgh syok main, dia pun panggil2 la ibu kan, bila ibu tak pandang, tgh berdiri ke duduk tu boleh dia baring n nangis smbil pandang ibu...bila marah kat kita dah pndai lempar2 barang...ayoyo...ini budak comei byk nakal la...La ni dah betoi panggil bapaknyer...dulu "ayah..yah..yah'...ibu pun panggil ayah...
semalam dah betoi panggil abah pulak..."abah abah..bah..", cam bese ibu pun dia panggil abah...suka tgok dia bila dgr bunyi motor abah masuk porch....berlari g jengok abah kat pintu sambil panggil 'abah...bah..bah'...tak sabar nak gurau ngan abah la tu...hehehe
Bila la pulak nak pandai panggil ibu...kadang2 dgr dia sebut "ibi..mi" (danish panggil BS nya Ummi....)

Wednesday, November 10, 2010

about BF

My GOLD RIBBON

Lama sungguh ibu tak update pasal story mory BF ni kan..alhamdulillah, smpi hari ni Danish yg dah berumur hampir setahun dua bulan masih diberikan exclusive susu ibu..alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih berikan ibu peluang dan rezeki meneruskan penyusuan susu ibu ni...maknanya Gold Ribbon udah menjadi milik ibu..la ni nak capai target tuk Emerald Ribbon (18months)..huhuhu..cam lama jerk lagi..production pun dah tak berapa kencang..mungkin ibu perlukan milk booster ni kot..
Oh ya..sejak peristiwa black out dedulu, ibu dah tak pernah buat frozen EBM. So maknanya pepagi hantar EBM tuk Danish mmg cukup2 jer...Kata Ummi Danish, la ni pun dia tak berapa nak menyusu coz dia makan byk..3x sehari..hahaha..tp badan tak naik2 juger..lasak n aktif gituuu..
Berbalik pd topik susu ni, i'm really proud to be a ibu's Danish..really-really proud...rasa puas dpt beri yg terbaik kat dia..pernah dulu my sis talk to me "ish..rajin la kau nak ngepump tu, kalo akak rela bg susu tepung aje", then ibu jawab sambil senyum.."danish amanah kami"(merujuk ibu&abah)...ibu pun can't imagine from early boleh teruskan susu ibu ni n dah lebih setahun pun..tak pernah terfikir pun...igt nak smpi 6bulan aje..tp bila smpi 6bulan, mcm sayang pulak taknak teruskan bila rezki Allah bg melimpah ruah..tanam dlm hati why not cuba smpi 9bulan, then cuba setahun, then cuba setahun 1bulan..n masih dok cuba smpi la ni..cam ibu cakap tadi next target is 18m..kalo ada rezki lagi biarlah ibu genapkan smpi 2tahun..that my target..tp kalo tuhan tak izinkan, bukan la maknanya ibu tak nak bg danish FM. Takkan nak seksa si kecik tu, sebab taksubkan sgt Susu Ibu ni...andai kata susu pun dah kurang ibu top up la ngan FM. Tp niat hati tu mmg nak BF my hero till 2year old..barulah ibu rasa diri ni HEBATT!!!...
La ni mmg bekalkan 3oz x 5botol, n 2x bubur nasi, kudapan (kismis n biskut tiger susu) kat umah Ummi. so far mmg takde masalah, semuanya licin..
Tp part paling syok la ni, tiap kali bila ibu jemput Danish dari rumah ummi. Dgr jerk enjin kereta punya terlompat2 dia depan pintu umah org tu menyambut kepulangan ibu..masa ni hilang segala letih kat opis..tgok senyuman dia smbil mulut dok bebel cakap apa ntah kat ibu. Smpi rumah apa ke lagi..dok ngempeng la ngan ibu..rindu sgt kekdahnya...hehehehe
Kadang2 terpikir camne la nanti bila nak stop BF kan? Mesti la susah kan..but percayalah kata ibu ni...BF ni satu 'keadaan' yg paling indah..tak caya?..nanti pd yg nak timang anak lagi..cubalah..baru korang tau

Wednesday, October 27, 2010

Jom MaKan PizzA HuT

Last nite blanja abah dinner kat pizza hut, mmg la ibu tak suka sgt makan pizza, tp ibu dah fall in love ngan bolognese spaghetti kat situ..so after maghrib pun kami gi makan..padahal tu time danish nak tido dah tu. memula nak call je, tp cam malu lak kat jiran..(udahla malas masak, kluar pun malas jugak)..hahaha..
Agaknya, budak2 yg baru dpt kaki ni mmg tak leh dok diam kan. camtu la Danish, asik berjalan je dalam pizza tu smbil tgn dok pegang itu pegang ini..terpaksa la makan ganti2 ngan abah..ibu bg danish makan chicken soup...hurmmmm sedap kan, ada macam2 rasa...danish pun suka la..bg makan selalu tak leh la kan. dia kecik lagi...k kita layan pict danish yg ibu snap guna vivaz ibu ni..







Tuesday, October 26, 2010

Ziqri=Zikir

Salam to all mummies fren..rini nak cerita pasal Danish lagi..memang dah jadi kebiasaan kalau Danish ada dalam kereta ngan ibu+abah kami jarang buka radio..selalu dengarkan dia ngan CD Zikrullah dari Ustaz Zulkarnan Hamzah.

Sesiapa yang tak pernah tau, boleh dengarkan alunan Zikrullah ni kat CH106 OASIS..memang sejak Danish dari dalam perut ibu, ibu dah dengarkan zikir ni tiap2 malam..smpi la dia lahir..so mungkin Danish dah terbiasa dengarkan zikir ni..bila tengah syok main, ptg2 dekat nak maghrib bila dgr zikir ustaz ni, dia mesti berhenti n pandang je kat screen tv...
Dulu masa umo Danish baby la kan..mmg dia tak leh tido without dodoi "zikir' ni. zikir pulak kena sekuat2nya...baru la mata dia terlena...
Tapi dah 2-3 hari ni, hati ibu cam tersentuh sikit...Danish dah pandai tiru nada zikir ni..(tp dalam bahasa dia la kan)..siap kerut2 dahi dia tiru alunan zikir ustaz Dzul tu..alahai..rasa cam entah la..no word can describe naluri ibu masa tu...mungkinkah dah 'lekat' zikir tu di hati dia? dah 3 pagi ni ibu prasan, masuk je kete, tekan CD player tu, n bila dgr je ustaz tu zikir Danish pun ikut sama..siap expressi muka skali tu..alahai anak ibu..harap2 nama Ziqri tu akan sentiasa ingatkan dia dengan zikir2 ni..Ziqri tu kan memuji Allah...

Thursday, October 21, 2010

bawak DaNisH JalaN-JaLan

Last wekeend plan nak bawak encem ibu ni gi cucuk setahun, tp tatau nape klinik tu tutup pulak..then kami bawak la Danish jalan2 kat JJ Ipoh. otw balik umah, abah ajak singgah taman pulak..1st time turun n jejak tanah kat taman tu, Danish macam berlari (gaya dia la) seronok, tgok kakak & abang yg tgh mainan buaian...huhuhu...bawak la dia tgh2 taman atas rumput tu, biar dia berjalan kat situ..kalao jatuh pun kurang la sakitkan...mmg nampak dia enjoy sgt..bebas dia berlari sana-sini.
Peh ada la pulak uncle ni dok juai bola n bubbles...dah pulak, danish nak berulang ke tmpt bola berlonggok tu, nanti takut la kan uncle tu marah pulak usik2 bola dia..nak belikan, kat umah pun dh 2,3 biji bola danish...nangis gak la dia bila ibu tarik...penyudahnya belikan aje la bubble tu..mmg dia enjoy sgt2...
Tp yg tak syoknya, bila abah ajak balik dia taknak..bukan lah dia kata tak nak..tp bila bawak masuk kete, dia pndang je kearah taman tu, n bila kete gerak..hwa hwa...danish nangis..dia dah tau la..kesian anak ibu...huhuhu...

heppp!!! Danish nak ambik ball yereceh-eceh..
gurl: ambik la kaler ijau ni...murah jerk
my boy: tak nak!! kita nak semua ball yg banyak ni..

eh eh!! senget je tegak ni nak...


seronok gak main gelungsur ni...dulu kecik2 tak dpt..la ni kata la nak bawak anak main...


jebek mukanya..hahaha


Monday, October 11, 2010

Vacuum Cleaner Dan Danish


hehehe...ada citer lawak, ibu baru je prasan, anak ibu yg comei ni rupanya takut ngan bunyi vacuum..kalau vacuum tu dok tersadai jer, elok pulak dibuat main..tp bila ibu nak vacuum umah, n bila dia dgr jer ibu on vacuum tu, pakat menjerit siap gigil2 lagi tu...sian..biasanya ibu akan mintak abah pegang Danish bila ibu nak vacuum..kalau tak mmg suara Danish lagi kuat dari bunyi vacuum tu...apa la yg dia pikir agaknya bila nampak ibu sedang mem'vacuum'...kalau ada abah riba kan dia, tak pulak dia nangis..boleh senyum2 lagi pandang ibu tu..alahai Danish...

Friday, October 1, 2010

28/09/2010 Muhammad Danish Ziqri turns 1 year

Selamat Hari Lahir anak ibu..doa ibuabah moga Danish jadi anak yg soleh, dengar kata, hormat orang tua dan yg baik2 la semua. Kadang2 takut juga bila anak makin membesar ni. Sebaik mungkin nak bagi dia didikan yang terbaik, terlampau nak "didik' pun takut lain jadinya. Terkurang 'didik' lagi parah pulak. Mungkin pada kita sudah terbaik, tp terkurang di mata orang lain. Memang besar tanggungjawab tu. Namun ibu & abah tetap doakan yang terbaik buat permata hati kami. Besday Danish hari tu, takde party2 pun. Just malam tu bawak Danish makan kat Pizza Hut, makan chicken soup dan selebihnya abah ibu la yang makan banyak. Tp cam sedia maklum, bila malam je Danish akan rengek nak 'ngempeng' dah. tak boleh berlama2..balik umah terus Zzzzzzz.....

Perkembangan Danish mmg baik..dia dah pandai jalan..n ibu rasa gatal2 Danish mungkin beransur hilang. Coz ibu perasan bila ibu makan seafood dia tak garu2 dah bila tido. N hari tu ummi Danish ada try bagi dia makan sup ayam, n alhamdullillah tak de naik merah2 pun..harap2 dah ok..sian tgok Danish tergaru2. Nak bawakdia jalan2 kat tgh panas pun tak syok. Hari tu masa balik kampung MIL, paklang nya dah potong rambut Danish sikit. ha baru lah hensem..kalo tgu abah mmg dia tak berani ler...Susu? masih kuat..tp susu ibu cam dah kurang la juga...tp till today still full BF..kalau tak cukup juge kena la pikir alternative lain yer...

Ok la jomenjoy gambar Danish pada umurnya setahun...







Monday, September 20, 2010

1 week to go....

Sedar tak sedar dalam seminggu je lagi besday Danish..maksudnya target ibu nak dapat gold ribbon...ngeh ngeh...lepas ni camne pulak..nak bg danish FM ker? mmg ibu akui susu dah tak sehebat dedulu...kadang2 tu dapat sikit jer..la ni makan pun ibu tak jaga dah, minum pulak ais n kopi segala..mlm2 pun jarang dah bangun nge'pump'...hurmmm..ibu will try BF danish..tp kalau dah tak dpt juga kena la campur kan..takkan nak hantar umah BS tanpa susu yg tak cukup..anak ibu la yg kesian nanti...tp kalau dapat ibu nak teruskan full BF..harap2 susu ibu mencukupi..oh ya..danish dlm seminggu raya ni dah pandai melangkah 5,6 tapak..excited nak tgok danish jalan cepat..comel je tgok bangun jatuh bangun jatuh tu...caiyok anak ibu..dun give up k...usaha lagi...

Wednesday, September 15, 2010

SaLam AidilFitri

Selamat Hari Raya Semua..alhamdulillah, semuanya udah selamat. Lemang, ketupat, rendang, biskut semua idah selamat dlm perut ni...(peh ni bule la ganti pose yg tertinggal)..ehek..sebut pasal pose ritu, alhamdulillah, benda yg paling ibu takut susu tak cukup tuk Danish. tp Allah tu Maha Besar dan berkuasa, DIA benar2 memahami kita..tak pernah lagi Danish tak cukup susu, so harap complete la misi ibu smpi setahun ni..da beberapa hari je lg ni..28/sept ni genap la Danish ibu tu setahun..
Paling best raya kali ni, pasalnya kami dah bertiga..mmg seronok. ramai yg kata danish dah kurus. mana tak kurus tgh lasak tu..manjat2 je kejenya..tp berat dia tak susut, cuma mgkin dia makin panjang..la ni pandai ngamuk dah, kdg2 'terlepas' gak marah kat dia..sian dia..lg2 bila tgok masa dia tidur, lg sian..bukan apa, mgkin dia takut ke apa ibu tak tau la..ibu g dapur nangis, ibu p toilet nangis, kalo ibu solat dipanjat2nya ibu..adohai...kalo abah ada ngan dia pun kdg2 dia tak mau gak..nak ngempeng ngan ibu je..anak ibu tol la kan..
ha lagi satu la ni kalo nyusu suka naik atas badan ibu..dia pulak dok gomol2 ibu..berat bukan tak berat nak ampu badan dia tu. abah pun pernah tnya "tak berat ke danish naik atas badan ibu tu?"......"takpelah B...tahan je la, ibu cuma risau dia tk selesa.." kdg2 Danish boleh tertido nerap atas badan ibu smbil nyot-nyot..hehehehe
jalan? tak pandai lg..tp kalo jalan smbil pegang2 meja, kabinet ok..laju je..kdg2 ada la selangkah 2 jalan..dia cam gayat..hah! tp malam tadi dia jalan 5 langkah tau...kalau dh pndi jalan sok tatau la camne..
eh pjg pulak..ti smbg lain..kang buhsan pulak bacanya...jom layan pict danish beraya..paling sonok part collect duit raya tuk danish, coz danish tak pandai cakap lagi, ibu la yg bersuara tiap kali org dok agih2 duit raya...

keluarga besar ibu (ni baru separuh ler)

ibu, danish & abah..oren theme

kesian danish, peluh2 dok bergambar kat luar.

background~umah arwah tok yg dah usang~

outdoor session...ngeh ngeh

bila panas je..naik2 merah kat muka

terjelir2 lidah tgok buah tembikai yg merah..

ngan abah

ngan ibu..bolatnya mata danish..

Wednesday, July 28, 2010

danish@10 m

hari ni anak ibu dah masuk 10 bulan..kejap je rasanya...jap lagi setahun pulak..jom kita tgok perkembangan anak ibu yang comellllll sgt ni..

1. dah ada 2 gigi kat belah bawah.
2. kuat sgt membebel..daadaadaa, bahbahbah
3. bila kita tinggi suara dia marah kita balik..(adoyai...)
4. makin berselera makan bubur yg ibu masak.
5. dah mula jalan meniti dari kabinet tv ke meja kopi ke sofa
6. dah pandai manjat atas meja kopi (kena tgok selalu la dia ni)
7. makin kuat nak "kopek"
8. pagi2 nangis nak ikut ibu. taknak tgl umah ummi nya.

apa lagi yer...itu yg nampaknya la kan. alhamdulillah bila tgok perkembangan anak yang sihat ni..makin hari makin lasak, makin ligat. kalau ke tangga tu usah cakaplah. penat keje pun tak terasa bila tgok keletah anak..


Tuesday, July 20, 2010

BeG KoNtRovEsI

tgok tajuk je pun dah pelik..ni nak citer sikit pasal beg diaper danish..sejak ada baby ni mmg kluar jenjalan tak pernah bawak handbag dah..beg diaper danish ni ganti handbag ibu..ngan barang2 ibu (kamera, hp & purse) sumbat dalam beg ni..abah pun sama..menumpang gak..sib la space besar..tu la masa ibu borong kasut ritu, ibu nampak diaper bag ni..tp sayangnya tinggal color tu je..tp ibu cam dah kenan..jenuh la pujuk abah nak beli..abah kata mana syesyuai..danish kan boy..'ala sok adik danish' cam tak logik je alasan ibu kan..huhuhu...ibu nak gak..abah nak kata apa kalo ibu dah bayar kan..so sejak ibu rasmikan beg tu, bila pi mana2 org mesti kata "baby girl ke ni kak" sambil jeling beg.."eh tak la..boy..."'..."owh putihnya..rambut perang ha"...biasanya itu la jawapan yg ibu dapat...tu la abah kata.."seme gara2 beg ni la"...ibu kata...BIARLAH....
ni la beg kontrovesi tu...
:
:
:
:
:
:
::
:
:
:
:
:
:
:
hahahaha...patutlah...kaler PINK..kuikuikui...

Tuesday, June 29, 2010

Jurnal for 9months


::.Amber Ribbon.::

Hehehe...amber ribbon ni maksudnya ibu dah berjaya BF Danish selam 9 bulan. Lepas ni target tuk dapat GOLD ribbon pulak...Penyusuan susu ibu ni sesuatu yg unik, yg tak dapat ibu nak gambarkan..ibu harap lepas ni para mummies semua sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu tu dan betapa tinggi khasiatnya...
Alhamdulillah takat jam ni ibu dah dapat 4x3oz=12oz..ibu akan cuba maintain jadual pump ibu..nampaknya ada perubahan ngan kuantiti oz tu. Ibu takut dan risau bulan puasa yg akan datang ni. bukan risau tak leh puasa, tp risau tak leh nak dpt stok yg cukup tuk Danish. Nampaknya ibu kena buat frozen EBM dari hari ni..mana lah tau dibuatnya tak cukup nanti...ohhh tidak, tak dapat bayangkan Danish minum susu formula....i will say NO!!
Baru-baru ni ibu p rumah kawan buat cukur jambul new baby dia..alhamdulillah, kwn ibu tu pun berazam nak BF bb dia..Macam2 yg dia tnya dgn ibu...pasal susu bau tengik (lipase), nak tentukan amount susu (botol) per day dan mcm2 lagi kami share. Bukan ibu nak tunjuk pandai, tp ibu pun belajar melalui pembelajaran n hasil research ke blog mummies yg dah berjaya...Ibu teringat masa ibu dlm pantang. tade bahan yg ibu nak refer tuk cari pasal info BF ni..nasib tergerak hati cukup 44 hari ibu balik rumah then buat research sendiri..dr situ ibu belajar macam2 perkara yg menakjubkan tentang BF..to all mummies, dont stop to find any miracle about BF....


RinDu AnaK I Bu ni...







Friday, June 25, 2010

.:danish turn 9m today ~28/06/10:.

Sejak akhir2 ni malas sgt nak update blog ibu yg satu ni. asik ke ButikDanish je..hukhukhuk..alhamdulillah, 'bujang' ibu tu semakin hari semakin sihat, dah pandai nak ke tangga jer..dah tegak2 paut, makin nakai..la ni pulak dah pandai menjerit2 marah bila kita ambik apa yg dia pegang..huh! sabau ajelah..tp takpelah, anak sorang, payah pulak ibuabah nak dapat tu...kalau tinggal sorang2 pun dah pndi takut atau sunyi kot..tu la ada yg cakap nak adik la tu..kalau ikut ibu mmg nak cepat bg adik nya. tp ibu kena patuhi arahan doktor yg minta ibu tgu 2 tahun...ye la umur makin meningkat biarlah muda ni nak dpt anak pun..ti tua leh rehat2..hehehe..

SUSU? ha ni la ibu nak share ni. Ibu igt bila danish dah start solid food boleh la ibu kurang susu EBM dia. tp nampaknya dah makan pun still nyusu gak..adoyai..masalahnya tetap 3.5oz x 7 botol..mungkin lately ibu kurang ngepump yg effect production tu...ibu susah hati ni kalau2 tak dpt susukan danish smpi 2tahun. macam hari tu, ummi sms ibu kata susu adik tak cukup..yg ibu pun satu la ni malam2 malas pulak nak bangun ngepump..ish ish..kena ubah pemikiran ni. Tak lama lagi nak pose, naya kalau susu tak cukup..sejak susu ibu terbuang (kes balck out), hati ni dah merajuk nak buat frozen EBM..terjelepuk depan esbok ngok susu yg dah tak boleh guna...pena ibu ngumpulnya..(camne nak elak blackout yer)....

Hari ni gak anak ibu dah turn 9m..kejap sgt rasanya..tak lama lagi dah setahun..Ya Allah, tolong lah hambamu ini agar dapat susukan anak ku smpi umor nya 2 tahun..ibu tol2 berharap sgt.

N la ni ibu pun syok ar bila tgok2 ramai dah mummies yg sedar kepentingan susu ibu tuk anak2..tak rugi buat pekaburan sikit tuk beli BF gadjet, asalkan anak kita dapat yg terbaik dari kita...

Saturday, May 8, 2010

berhabuk!!!

adoyai..lamanya ibu tak berkongsi cerita pasal bb danish..bb ke? ops danish dah turn 7month. kejap je. la ni dia tgh blajar2 nak duduk ke merangkak, ibu pun tak sure..dah pandai merajuk bila abah tgi suara..n dah pandai gak nangis bila tak nampak ibu depan mata..kdg2 tu bila angin tak elok, masak pun sambil berdukung..

exzema Danish still macam tu jugak..tak nampak kurang pun. makan pun nestum je la. bukan apa, taruk bilis=merah, taruk ayam=merah, letak ikan merah=tanak makan, letak buah pun macam tu jugak..susu masih kuat. 7botolx3oz hari2 mesti abis..
oppss..sebenarnya ibu ada blog baru..nanti kalo2 free jenjalan la singgah yer


ni gambo2 terbaru danish..

Tuesday, April 13, 2010

rindu kat Danish laaaaaaaa


Danish!! Ibu panggil ni..tengok tv yer
Hah..pandang pun..bulatnya mata anak ibu ni
Meleleh-leleh air liur anak ibu ni yer? Mana seluar Danish ni
Opsss..terkejut kena flash kamera pulak

alahai..encemnya anak ibu ni..Ini lah aktiviti bila balik umah.smpi2 umah mentara simpan ebm dia, baringkan depan tv. Biasa buka channel 611. Biar dia layan kartun yg colorful tu..Peh tu apalagi time gomoi2 dia n main2 ngan dia. peh penat dia nyusu n tido...peh tu abah balik, baru la ibu masak. time ni abah lak yg layan dia..kita suka tgok aksi dia bila panggil abahnya. selalu bawak dia dlm bilik time nak tido. abah still dok luar tgok tv. masa bila dia teringat abah, dia niarap n pandang keluar. peh tu bunyi la panggil abah..."uhh uhh"..tp slow sgt sore dia..selalunya ibu akan panggil abah. bila dia nampak je abah..melonjak2 punggung dia. seronok sgt abah tido sama..la ni kalo bangun tgh malam pun mesti nak abah yg tepuk2. cam malam tadi ibu bg susu tanak, tepuk2 tanak, garu2 tanak gak. lastnya ibu bangunkan abah suh gosok2 anak. cam tau2 je tgn abah dok urut2 dia...n zzzzzzz..terlena dia kat sisi abahnya..alahai Danish..sayangnya ibu ngan abah kat Danish